Tuesday, February 19, 2019

A Fresh Start. Hopefully?

I'm turning 25 this year.

Dekat lima-enam tahun jugak blog ni terbiar dan tak terusik lagi.

Sejujurnya aku cuba beralih kepada wordpress supaya menampakkan yang aku lebih serius dalam penulisan.

Tapi, sebenarnya menjadi serius bermakna aku telah mensia-siakan peluang untuk bercakap atau menulis tentang soal kehidupan manusia kebiasaan.

Aku lupa bagaimana menulis membuat aku lega dengan segala rasa yang terbenak dalam jiwa.

Jadi, aku mahu menulis hal-hal begini kembali.